20 June 2006

Gergaji siling


NOTE: Product color may vary depending upon monitor type. Please see your local retailer for a product sample to confirm color prior to purchase. Kekeke. Ini gambo tak de kene mengea dengan ini cerita.

Bukan duit gaji bayo pakai duit siling, tapi system gaji baru yang akan diperkenalkan sikit masa lagi.

Aku tak tahu kompeni lain, tapi kompeni aku akan buat system nie, dengor dah nak lounching.. System gaji dia cam nie, ade 2 tahap bagi setiap pangkat:
1) Gaji Optima
2) Gaji Siling.

Sytem dia aku tak tahu detail, official blum keluo, ape yg aku dengo cam nie ler system dia. Contoh Jawatan Operator. Gaji Optima RM800 dan gaji Siling RM1,000

Bila Operator tu masuk keje kate le gaji dia RM600, lelama keje pangakat dok kat situ jer. Tiap tahun naik RM50, lelama sampai masa gaji dia dah jadi RM800. Kenaikan untuk mereka yg status optima nie adalah lebih sikit dari kenaikan mereka yg tak optima.

Contoh.. contoh lagi.. RM20 setahun. Keje lama lagi, pangkat haram tak naik gaji dia cecah ler RM1000. Dah capai tahap gaji siling.

Start dari dia dah masuk tahap gaji siling mampus gaji dia takan naik walau 1 sen pun sampai ler dia pencen. Yang boleh menaikan dan menukarkan status gaji dia tu adalah kenaikan pangkat sahaja. Maknanyer lepas tu dia kena usaha ler nak pegi ke tahap teknisyen ker atau aper aper pangkat yg lebih keatas.Aku dengo tahun nie nak start.

Rege barang bila nak ade rege optima dgn rege syiling haa... dulu FAM buat kat player bola jer ade gaji siling.. pas nie aku plak merasa..

Sapa nak beli Syiling contact aku, kat kilang ramai member yg dah dapat status nie skit lagi.. kekeke

No comments: