22 December 2008

Asthma The Movie

Ari nie aku Medical Leave atau bahasa rock nya MC... Kena Asthama. 1 penyakit yang ada belah opah belah mak aku.. bawak sampai ke aku. Aku tak tahu antara 3 anak aku tu sapa yang akan mewarisinya. Doa kepadaNya moga dijauhkan segala penyakit.

Dalam istilah sunskrit penyakit nie terjadi bila saluran pernafasan tersumbat dan jadi mengecil. Tu yang kekadang kita dengar macam2 bunyi keluar dari pernafasan orang kena asthma nie. Bunyi ekzos buluh ada... bunyi orang tahan kentut tapi terkeluo juga ada.... dan mereka bernapas macam orang baru lepas kena kejar dek anjing... laju semacam jer.... x leh control dah....Pertama kali kena penyakit nie ketika aku berusia 18 tahun. Kalau sebelum nie kena pun aku tak cakap asthama... aku ingat demam... Satu ari tu aku buat kerja bancuh simen pakai mesin, berguni beg simen aku bukak dan masukan kedalam mesin pembancuh.... dan malamnya aku ke klinik yang pada fikiranku demam disambung keesokonnya aku disahkan mengidap asthma.

Walaupun ada penyakit nie aku masih bersyukur kerana paling lewat 3~4 ari aku akan pulih semula. Kemuncak penyakit ini aku akan terasa terlalu sejuk, walaupun di tengah panas.. kalau dirumah aku akan berselimut tebal, time nie kalau mandi rasa mandi dengan ais batu jer.. terlelap dan tersedar dari tidur badan akan perpeluh... mungkin sejuk yang aku rasa dan selimut yang aku pakai meyebabkan badan aku menjadi panas menyebabkan kahak yang tersumbat di dalam rongga menjadi cair. Namum itulah skrip yang aku lalau setiap kali kena asmtha... ari nie ari kedua..


http://www.asthma.org.uk/