MUFTI Perak telah memberi amaran agar jangan biarkan fahaman pluralisme bertapak di Malaysia. Apakah fahaman pluralisme ini? Ia adalah fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama. Ia adalah usaha antarabangsa untuk mengadakan satu rumah ibadah yang sama dalam satu bumbung seperti yang berlaku di Yokyakarta, Indonesia.
Pada hari Jumaat ia digunakan sebagai masjid, pada hari Ahad menjadi gereja, pada malam Jumaat kuil Hindhu.Di Malaysia fahaman pluralisma ini didukung oleh Malaysian Interfaith Network (MIN) www.malaysianinterfaithnetwork.net. Laman web berikut berpusat di Cambridge, Massachusset, Amerika Syarikat menceritakan perancangan antarabangsa mengenai fahaman liberalisma. http://www.pluralism.org/research/profiles.php#MA One)