21 June 2009

Nurin dengan Lipstik Mak dia

"Orang pakai lipstik saya pun nak pakai jugak"

Remp-it


15 June 2009

yob4ever down

Balik keje tadi bukak web x boleh... sejam lepas tu try balik x boleh gak... biasa kalau ada error pekejadahnyer ada ler message.. tapi nie tengok lain macam jer.. YM dgn tokey hosting tu baru dia bg tau ada bad sector kat Hard Disk.. ambik masa dlm 2 jam utk tukar..

Sham: http://www.yob4ever.com down?
serverfreak: there is a bad sector in the harddisk
serverfreak: im reaplcin a new oneserverfreak: shd be back in 2hrs time

01 May 2009

Malcon East 4

KUALA LUMPUR, 30 April - Anggota MALCON EAST 4 berlepas ke selatan Lubnan untuk menyertai misi Tentera Pendahulu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Pengkalan Udara Tentera Udara Di Raja Malaysia Subang. Seramai 199 anggota pelbagai pangkat menyertai misi selama sembilan bulan ini.





06 April 2009

Malcon East 4

SEBAHAGIAN anggota wanita pasukan Malaysian Contingent East 4 (Malcon East 4) menunjukkan aksi semangat selepas majlis Penyerahan dan Pemakaian Beret Malcon East 4 di Kuantan. Seramai 318 anggota dan 42 pegawai daripada Malcon East 4 akan menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan bermula 1 Mei hingga 29 Jan tahun depan. Daripada jumlah itu, 21 merupakan anggota wanita yang akan menjalankan tugas selama empat bulan setengah sementara anggota lelaki akan ditempatkan selama sembilan bulan. Pasukan yang akan ditempatkan di Kaoukaba itu akan berlepas dalam dua kumpulan dengan kumpulan pertama pada 22 April dan kumpulan kedua pada 30 April ini. - Foto Bernama

Note: Dari seramai 318 angota tu, salah seorangnya Asri, adik ipar aku

22 December 2008

Asthma The Movie

Ari nie aku Medical Leave atau bahasa rock nya MC... Kena Asthama. 1 penyakit yang ada belah opah belah mak aku.. bawak sampai ke aku. Aku tak tahu antara 3 anak aku tu sapa yang akan mewarisinya. Doa kepadaNya moga dijauhkan segala penyakit.

Dalam istilah sunskrit penyakit nie terjadi bila saluran pernafasan tersumbat dan jadi mengecil. Tu yang kekadang kita dengar macam2 bunyi keluar dari pernafasan orang kena asthma nie. Bunyi ekzos buluh ada... bunyi orang tahan kentut tapi terkeluo juga ada.... dan mereka bernapas macam orang baru lepas kena kejar dek anjing... laju semacam jer.... x leh control dah....Pertama kali kena penyakit nie ketika aku berusia 18 tahun. Kalau sebelum nie kena pun aku tak cakap asthama... aku ingat demam... Satu ari tu aku buat kerja bancuh simen pakai mesin, berguni beg simen aku bukak dan masukan kedalam mesin pembancuh.... dan malamnya aku ke klinik yang pada fikiranku demam disambung keesokonnya aku disahkan mengidap asthma.

Walaupun ada penyakit nie aku masih bersyukur kerana paling lewat 3~4 ari aku akan pulih semula. Kemuncak penyakit ini aku akan terasa terlalu sejuk, walaupun di tengah panas.. kalau dirumah aku akan berselimut tebal, time nie kalau mandi rasa mandi dengan ais batu jer.. terlelap dan tersedar dari tidur badan akan perpeluh... mungkin sejuk yang aku rasa dan selimut yang aku pakai meyebabkan badan aku menjadi panas menyebabkan kahak yang tersumbat di dalam rongga menjadi cair. Namum itulah skrip yang aku lalau setiap kali kena asmtha... ari nie ari kedua..


http://www.asthma.org.uk/

22 November 2008

Estate Cintamanis Pte. Ltd



Rabu lepas (19 Nov) teman and the Y4E gang telah menerjah ke opis Abang Mamat Khalid di SS2 Damanasara. Walaupun lokasi tempat tu lebih kurang 10 km dari tempat koje teman (dah 16 tahun koje situ), tapi itu ler kali pertama teman sampai ke SS2 area opis Abang Mat.

Jadi cam biasa istilah sesat jalan tak leh nak dielakan. Restoran Pelita guide yang dibagi dek Jambeso @ Nazari Ibrahin haram teman jumpa setelah teman melilau di SS2 Kelana Jaya.. Hampeh signboard teman jumpa tu tulis SS2 jer, tapi tak tulis Damansara atau Kelana Jaya.

Kami kesana untuk sesi teh tarik dengan Abang Mat, tapi dapat bonus extra bila dijemput melihat Filem "Estate" yang dijangka akan meletup giler khinzir" bulan Febuari 2009 nanti.... dah ler makan minum pree, siap dpt tengok wayang + visit opis Abang Mat lagi. hehehehe.. terbako jimi tapah

Nie kalau aku balik kampung nanti, siap tunjuk gambo dengan Abg Mat lagi... mesti deme kate aku buat super impose gambo tu... tak per aku tahu deme dengki.

Sinopsis (sesuai ke ayat nie) Filem Estate nie... aku memang tak pandai nak ulas.. jagnkan nak ulas filem, nak tulis ape aktiviti aku dalam blog nie pun gagap. Tak per.. aku gorengg gak.. untung-untung tak angit.. Filem nie dibuat dia tanha tumpah darah ku bumi Padang Rengas. Padang bola estate tu aku pernah main masa zaman sekolah dulu. Heheheh time jasmani ler dan juga game macam dam filem tu dan lawan bola antara kampung. Biasa lawan team kampung boya ler main kat padang tu.

Lokasi lain kat ulu konsong. Aku memang cam sangan scen dalam filem tu. Semua tempat tu aku dan terjah masa zaman merempit pakai beskal dulu. Cuma tangki loji air akat tas kawasan jirat Cina jer aku tak pernah naik. Tak sangka plak cantik pemandangan Padang Rengas bila zoom dari atas tempat tu.

Lokasi lain dalam filem tu Estate kat Sungai Siput. Yang tu aku tahu sangat enviromet dia.

16 August 2008

Telan..

Aku x leh tunggu Jumaat. Yer ler Jumaat tu banyak urusan nak kena buat, tengahari dah nak g semayang Jumaat... Sabtu dah tentu tutup, kecuali wad kecemasan.. Rabu aku repeat balik g klinik kat kilang.. mintak dia wat surat nak g check kat spital... G U.H PJ bahagian E.R.T. Doktor ERT chek kate x de aper2. "Maybe kena jangkita kuman kot"... kata dia. Dia bagi surat soh ambik ubat kat Farmasi dan datang balik sebulan lagi. Nie salah satu ubat yg hospital bagi...

11 August 2008

Hair Dryers

Sejak Sabtu lepas telinga aku berdengung. Rasa macam masuk air kat dalam tu. Tak tahu aper punca, nak kate masuk air tak de plak aku mandi kolam atau berkubang dalam mana-mana lubuk yang berair.

Pagi tadi pergi check kat klinik tempat kerja. "Ok!.. tak de ape-ape" kate doktor tu selepas dia teropong pakai scope kecik dia tu. Memang ler tak de aper-aper. Dah dua ari aku servis lubang telinga, tapi tak ok-ok gak...

Doktor soh aku pakai hair dryer hala ke lubang telinga... nie ape punya petua yang dia bagi tak tau ler.. Dia soh tunggu sampai ari Jumaat nie, kalau tak ok gak, g spital ler jawapnya. Buat masa nie pendengaran sebelah kiri aku reduce 30%. Kekadangan aku cakap orang dok haaaaa... haaaa... aku cakap perlahan kot... aku dah problem tak bleh control volume... nak cakap kekuat takut orang terperanjat plak, cakap perlahan orang pak tak dengar...

01 April 2008

Nurin Adlin Binti Mohamad Hishamuddin



1st day kat HTAR Klang

Alhamdulliah rezeki dari Allah, Teman dapat sorang lagi anak. Nie yang ke tiga. Perempuan. Mak dia pilih nama Nurin Adlin.



Sekarang nie dah 4 bulan. Dah besau anak abah nie..

Saudara SPAWN kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah.



Allahyarham Ghazali Mazlan @ SPAWN [22.10.1966 - 18.03.2008]

Note: Arwah berusia 41 adalah antara pengasas yob4ever.com. Beliau sangat dihormati dengan sifat kepimpinan beliau. Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Arwah meninggalkan seorang balu beserta 2 anak perempuan berusia 7 dan 10. Jasa dan pengorbanan beliau tidak ternilai. Kehilangan beliau amat-amat dirasai. Sebagai menghormati arwah, yob4ever.com akan menutup forum selama semingu mulai malam ini. [18.3.2008]



Pelangi Petang - Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

20 January 2007

Kantoi

Warghh!!! ari nie sejarah dalam hidup aku dalam bidang pemotoran nie. Tahu kenapa? Aku bawak motor sampai kering minyak!! Aku pakai Yamaha Nouvo. Ada dalam 5~6 bulan dah kot. Sebelum nie aku pakai Yamaha TZM 150, tapi disebabkan harga minyak yang naik tak reti nak turun-turun tambah palak dengan jarak perjalanan pergi balik kerja yg mencecah 80km sehari, aku rasa lebih baik aku pakai kapcai jer.

Survey punya survey aku ambik Yamaha Nouvo nie jer. Nak merasa pakai skuter plak. Tangki minyak dia kalau isi full tank dalam RM8.00 berbanding TZM yg boleh cecah RM22.00 penuh tangki. Jadi bila bawak Nouvo nie 2 ari sekali aku mesti kena isi minyak. Dan benda nie ler yang aku paling malas nak buat. Boring ler... dan 10 tahun bawak motor... asyik isi minyak jer... kekekke.

Tadi aku pegi Selayang. Joe C kawin kat sana. Aku bawak motor jer. Tinggal depan Wisma F.A.M. Dari sana aku tumpang kete Bluekang jer. Masa pegi aku dah perasanan minyak dah nak abis. Ingat balik nanti baru nak isi. Lagi pun aku dan janji dgn Bluekang kol 1 kat FAM.. aku pun dah lambat. Jadi aku terus jer ke Wisma FAM.

Bila abis kenduri g rumah Pak Cu Y4E jap kat depan skit jer rumah mertua Joe. Bila balik kelana Jaya aku terus capai motor start jalan....

Bila sampai tol Bukit Raja baru aku perasanan... jarum minyak dah landing baikkk punya bawah hurup "E"... Petrol pump paling dekat ada dlm 4km lagi kat depan. Terpkasa ler bawak dengan bersopan santun supaya sisa-sia minyak dlm tangki cukup nak bawak ke Petrol pump... memang cukup... tapi depan petrol pump jer.. menolak ler dekat 100meter... seb baik dekat dah...