24 May 2006

"Telur mata lembu"

Semalam, masa makan malam Amar suruh mama dia goreng telur mata kerbau... tiba tiba Aisyah,(3 tahun) adik dia menyampuk.. "ecah nak telo mata lembu"

22 May 2006

Tahukah kamu apa makna "AKUM".

Aku dapat dari email..

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ' BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud ' HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'..

Pada zaman dahulu, orang-orang Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang-orang Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang-orang bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dalam bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum W.B.T secara keseluruhan... Wallahua'alm

20 May 2006

Ayah!! nak layang-layang...

... tengah aku ngadap komputer, anak aku yang kecik sekali bagi order.. Tak de hal, ayah kamu nie dulu champion Padang Rengas dalam buat layang layang. Tak de yang tak naik... semua naik. Tapi banyak jugak yang tak turun balik jer. Sangkut atas pokok.
Perlamak.. tinggi siutt!! atas pokok dia landing, balik kena buat lain...

Dapat anak buah lagi..

Jap tadi dapat SMS dari Asri. "Balkhis dah bersalin, dpt baby girl 2.8 kg". Talha Balkhis, adik aku nombor 5. Sekarang dok kat Kedah, ikut suami keje kat sana (Army).

Lepas bagi tahu kat orang rumah aku terus dia call mak aku kat kampung. Tanya lagi detail... pot pet pot pet deme sembang. Yang aku perasan dia cakap " dia lahir sama dengan birthday Miera" erkkkkk!!!!! Ari nie Birthday bini aku ler.... cisss camana aku boleh lupa plak. Tak leh nak suprise..

SELAMAT HARI JADI MIRANI BINTI SHARIFF... yang ke xx

Final FA Cup 2005/2006

Perak tak masuk Final, tapi aku masuk padang gak... gian nak menebak.. game plak tengah rest tu yang boring jer tu..

Aku mintak pass media pun semalam. Kena hamput ler dengan Si Bad. "Udah tutup baru kamu nak mitak" kata dia kat Hand Phone... aku sengih jer.. janji dapat..


Tahun lepas 1st time aku shoot masa final game, sebelum nie takat mana Perak pegi, takat tu ler aku shoot. Tu pun tengok game jugak, jejauh sangat aku tak pegi ler. Kalau takat Ipoh tu kalau ari Sabtu aku selalu pegi. Cuma kalau game hari keje tu yg perit. Pernah aku tak apply cuti tapi pegi game kat Ipoh. Sampai KL dah 3~4 pagi. Ape lagi, masa keje sambil berjalan pun mata nak pejam.

Nie dah tak buat dah. Tak productive keje aku. Sekarang kalau pegi ari keje aku apply cuti dulu, lagi pun bila balik rumah banyak keje nak kena sambung. Kena select, pastu edit last sekali baru load...

Cargasss..